Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu juga cinta sejati yang ditunggunya. Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu juga cinta sejati yang ditunggunya. Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu juga cinta sejati yang ditunggunya.Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu juga cinta sejati yang ditunggunya.

14 December 2012


Cinta dan sayang memang indah. Setiap orang mempunyai perasaan cinta dah sayang. Apatah lagi bagi remaja yang umur semakin meningkat. Begitu jugak dengan aku, aku punya perasaan cinta dan sayang terhadap insan yang bernama lelaki. Dan lelaki yang telah tawan hati aku selama 7 bulan ni dia seorang yang memahami, penyayang, penyabar, manja, baik, ikhlas, jujur, setia semua ada. Terlalu sempurna bagi aku. Orangnya tinggi, manis dan sedap mata memandang. Muhammad Adib Safwan bin Abdul Karim. Ye dia lah orangnya. Dia lah orang yang sentiasa mewarnai hari hari aku. Tapi apakah mungkin lepas ni dia akan terus mewarnai hari hari aku? Mungkin dah tak ada lagi semua tu. Dia dah cukup bersabar dengan perangai aku dan sampai satu masa dia dah tak mampu untuk bertahan dengan aku lagi. Cukup setakat ni bagi dia.

Mungkin ini semua atas kesilapan aku jugak. Aku tak tahu nak hargai dia sebaik mungkin. Ya Allah, aku telah kehilangan permata yang telah engkau berikan. Permata yang sangat bernilai. Susah untuk aku dapatkan lelaki sepertinya. Terlalu sempurna bagi aku. Tak macam lelaki lain yang pernah singgah dihati aku ni. Hanya dia. Dia terlalu berbeza. Hanya dia boleh tahan dengan perangai aku. Dia sanggup berjaga tengah malam semata mata untuk menemani aku. Sanggup datang dari jauh untuk berjumpa dengan ku. Subahnallah, indahnya jalan cerita hidupku yang telah engkau tuliskan ya Allah. Dengan jujur aku berkata, aku tak pernah ikhlas lepaskan dia walaupun dia inginkan perpisahan di antara kita orang berlaku. Aku tak kan pernah ikhlas. Ingat tu!

13.5.2012 adalah tarikh aku dah dia in a relationship. Aku mula kenal dia dari facebook sebab dia kawan dengan Aliff. Bila malam aku online, dia selalu tegur aku. Hampir selalu jugak kita orang chatting. Aku tak boleh tipu diri aku. Aku dah mula suka dia time tu. Aku rasa nak kenal lebih rapat. Dan pada 20.4.2012 hari ahad aku tlah mencuri number phone dia dalam handphone Syazwan. Time tu aku memang nak cari number dia, untung ada dalam phone tu. “Adib dds” yeah nama tu lah yang Syazwan save dalam contact number dia. Aku terus menyalinnya. Dalam pukul 7 macam tu aku terus sent text pada dia. Ni soalan pertama aku “Ni Adib Safwan?” Ye aku ingat lagi. Ternyata dia tak menghampakan aku. Dia balas text aku. Time tu aku happy sangat. Hari demi hari kita orang text. Dan sampai satu hari tu terjalinlah ikatan kita orang sebagai girlfriend and boyfriend.

Muhammad Adib Safwan bin Abdul Karim, nama tu tak mungkin akan aku lupakan. Terlalu banyak kenangan aku lalui bersamanya. Suka duka selalu dikongsikan bersama. Cara dia buat aku semakin sayang dekat dia. Ye masa mula mula couple aku tak serious dalam hubungan kita orang. Tapi aku sentiasa berdoa pada Allah agar aku dapat menyayangi dia lebih dari dia menyayangi aku. Akhirnya, terbukti sekarang. Aku terlalu menyayangi dia. Sampai hampir setiap hari aku mengalirkan air mata sebab dia kerana takut kehilangan dia. Aku takut kehilangan dia dan aku tak nak kehilangan dia. Aku dah janji pada diri aku sendiri bahawa dia lah yang terakhir. Ye kali ni aku yakin. Walaupun dia pergi meninggalkan aku. Dalam hati aku hanya dia yang terakhir. Aku tak kan berhubungan dengan sesiapa lepas ni. Aku nak stop buat masa ni. Terlalu penat kerana sering ada pengganti. Baik tak payah ada pengganti kalau benda macam ni akan berlaku lagi. Jika dia telah di takdirkan untuk aku, dia tetap untuk aku. Jika dia telah di takdirkan bukan untuk aku, dia tetap bukan untuk aku. Menangis air mata darah sekali pun dia tetap tak akan jadi milik aku.

Aku di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk hubungan kita orang, sama ada sebagai gf/bf mahupun kawan. Aku inginkan yang terbaik dalam apa pun hubungan kita orang. Aku juga sentiasa mendoakan dia sihat selalu, bahagia walaupun tak bersama aku lagi dan dapat buat yang terbaik untuk spm tahun hadapan. Aku hanya nak dia tahu yang aku sentiasa ada di belakang dia, sentiasa bagi semangat untuk dia. Ye biarlah dia nampak aku okay je tanpa dia, padahal dalam hati ni tak siapa yang tahu melainkan Allah SWT. Jangan lupakan aku okay, sebab aku tak pernah belajar untuk melupakan kau.

“Aku Ada, Kau Ada?” 30.5.2012, “Ngorat” 6.10.2012, “The Twilight Saga Breaking Dawn 2” 24.11.2012 and “Strawberi Cinta” 6.12.2012. Tu semua cerita dan tarikh aku menonton wayang dengannya. Lepas ni dah tak ada lagi kan? Mesti awak pergi dengan kawan kawan awak pulak nanti. Terima kasih awak kerana sudi luangkan masa untuk saya selama ni. Saya hargai sangat apa yang awak buat untuk saya. Terima kasih kerana setia bersama saya. Terima kasih kerana hadiahkan T-shirt Roxy tu untuk saya. Terima kasih kerana belanja saya macam macam, terima kasih sangat sangat. Nanti kalau ada masa saya dah kerja saya pulak belanja awak. Sundae Chocolate :) rindu nak makan aiskrim tu dengan awak. Awak jaga diri lepas ni, belajar rajin rajin. Supaya cita cita awak akan tercapai satu hari nanti. Amin.

*Lepas ni pasti aku akan merindui kau :’) be strong Farah.